About Me

My photo
Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina telah ditubuhkan pada 10 Januari 1966 di kawasan seluas 9 ekar. Tapak sekolah ini merupakan kawasan lapangan terbang lama pada masa penjajahan British dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Sempena dengan itu, nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Lapangan Terbang Lama, Port Swettenham Selangor. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina telah dibuka dengan rasminya oleh Raja Puan Muda D.Y.T.M Raja Zarina Binti Tan Sri Raja Zainal pada 14 Mac 1974. Mulai tarikh tersebut sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina. Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini merupakan gabungan tiga buah sekolah di sekitar Pelabuhan Klang iaitu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Lapangan Terbang (kini SMK (P) Raja Zarina), Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan (L) Pelabuhan Klang (kini SMK Dato Hamzah) dan Sekolah Menengah Pelabuhan Klang (kini SMK Tengku Ampuan Jemaah).

Wednesday 22 June 2011

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina merupakan kawasan lapangan terbang seluas 9 ekar semasa penjajahan British dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
Ditubuhkan pada 10 Januari 1966, dengan nama asalnya Sekolah Menengah (P) Jenis Kebangsaan Inggeris Lapangan Terbang, Port Swettenham.
Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini merupakan gabungan tiga buah sekolah di sekitar Pelabuhan Klang iaitu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Lapangan Terbang (kini SMK (P) Raja Zarina), Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan (L) Pelabuhan Klang (kini SMK Dato Hamzah) dan Sekolah Menengah Pelabuhan Klang (kini SMK Tengku Ampuan Jemaah).

Di ketuai oleh mendiang Cik Maheswary Cumaraswamy sebagai Pengetua pertama dan dibantu oleh 10 orang guru serta 5 orang kakitangan, ia memulakan seisi persekolahan pertamanya bersama-sama dengan 231 orang pelajar.
Suasana persekitaran sekolah pada 45 tahun yang lampau.......














Kini ia telah berubah wajah.....













Namun pada 14 Mac 1974, ia melakar sejarahnya yang tersendiri apabila ia dirasmikan secara rasmi oleh Raja Puan Muda Selangor, D.Y.T.M Raja Zarina bt.Tan Sri Zainal dan diberi nama baru sebagai Sekolah Menengah (P) Raja Zarina, Pelabuhan Klang.
Raja Puan Muda Selangor, D.Y.T.M Raja Zarina bt.
Tan Sri Zainal
Sekolah ini dirasmikan dan dinamakan sempena Raja Puan Muda Selangor, D.Y.T.M Raja Zarina bt. Tan Sri Zainal
Kini ia telah berdiri selama 45 tahun segah namanya SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (P) RAJA ZARINA…….

No comments:

Post a Comment