About Me

My photo
Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina telah ditubuhkan pada 10 Januari 1966 di kawasan seluas 9 ekar. Tapak sekolah ini merupakan kawasan lapangan terbang lama pada masa penjajahan British dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Sempena dengan itu, nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Lapangan Terbang Lama, Port Swettenham Selangor. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina telah dibuka dengan rasminya oleh Raja Puan Muda D.Y.T.M Raja Zarina Binti Tan Sri Raja Zainal pada 14 Mac 1974. Mulai tarikh tersebut sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina. Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini merupakan gabungan tiga buah sekolah di sekitar Pelabuhan Klang iaitu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Lapangan Terbang (kini SMK (P) Raja Zarina), Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan (L) Pelabuhan Klang (kini SMK Dato Hamzah) dan Sekolah Menengah Pelabuhan Klang (kini SMK Tengku Ampuan Jemaah).

Monday 27 June 2011

LENCANA SEKOLAH

BIRU

MELAMBANGKAN KEMESRAAN, PERPADUAN DAN KERJASAMA ANTARA PELAJAR-PELAJAR
PUTIH

MELAMBANGKAN KESUCIAN, KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN DALAM SEGALA TUGAS YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN
MERAH

MELAMBANGKAN KEBERANIAN SERTA KEGIGIHAN UNTUK MENJADI MANUSIA YANG BERPELAJARAN
KUNING

MELAMBANGKAN KESETIAAN YANG BERASASKAN KEPADA PRINSIP RUKUN NEGARA
LIMA GARIS YANG SAMA LEBAR
MEWAKILI LIMA PRINSIP RUKUN NEGARA

No comments:

Post a Comment